Sort by:

Ring Sling Basic



RING SLING MANJAKUHAPPY

Kini muncul dengan design terbaru
pelbagai corak pilihan serta aluminium ring!

Baby Ring Sling semakin mendapat perhatian ibu zaman sekarang. Lebih mudah untuk mengendong bayi anda tanpa rasa lenguh tangan. Dengan baby sling, ibu tak perlu lagi bawa stroller. Malahan ibu boleh memimpin abang/kakak sambil mengendong adik. Bayi anda akan rasa lebih selesa dalam dakapan ibu seperti di dalam perut, sudah tentu bayi anda boleh tidur dengan lena (melainkan baby lapar nak susuibu!)

Baby Sling ini diperbuat daripada 100% cotton menjamin keselesaan ibu dan bayi. Dijahit dengan dua lapisan kain bercorak dan dipadankan dengan cotton plain warna yang sepadan supaya boleh dipakai kedua-dua belah bahagian baby sling. 
Baby sling ini adalah jenis open tail. Hujung kain (tail) boleh digunakan sebagai pengganti nursing cover ataupun pelindung matahari/hujan renyai/angin
Ring yang digunakan adalah jenis aluminium tahan lasak dan lebih mudah digunakan. 
Baby sling ini boleh digunakan daripada bayi yang bahu lahir sehinggalah berumur 3 tahun atau 15kg. Ibu tidak perlu khuatir kerana baby sling ini boleh dilaras saiznya jadi, ayah pun boleh pakai juga

CIRI-CIRI DAN KELEBIHAN RING SLING MANJAKUHAPPY

1. Material 100% Cotton - Mudah untuk dilipat dan tidak licin semasa memakainya
2. Reversible Sling - Anda boleh menggunakan kedua-dua belah bahagian fabrik sama ada bercorak ataupun plain ;)
3. Padded Sling - untuk keselesaan belakang badan baby dan belakang pehanya (Tummy to tummy position)
4. Zippered Pocket - Anda boleh menyimpan lampin, tuala, baby, wallet, kunci kereta dan sebagainya.
5. Ring Sling - Menggunakan Aluminium ring. Boleh dilaras size sling mengikut keselesaan pemakai.
6. Mudah dipakai - kebanyakan ibu yang memilih ring sling ini kerana ia sangat mudah dipakai dan mudah laras mengikut saiz yang selesa. Ibu boleh mememakai ring sling dan mengendong bayi berseorangan tanpa bantuan walaupun dalam posisi duduk. Contohnya: Sebelum keluar daripada kereta, ibu dah boleh bersedia memakai ring sling sambil mengendong bayi. Ibu tak semestinya dalam kedudukan berdiri untuk memakai ring sling.
7. Sangat sesuai untuk dipakai ketika membawa bayi ke klinik, pusat membeli belah, berjalan-jalan di tepi pantai dan sebagainya.
8. Ukuran Panjang Sling ini lebih kurang  72 inci panjang x 21 inci lebar
9. Boleh mengendong bayi daripada lahir sehingga 15kg ataupun berumur lebih kurang 3 tahun.

TUTORIAL VIDEO CARA PEMAKAIAN RING SLING



TUTORIAL BABY RING SLING

Kami menyediakan pamplet tutorial ring sling sebagai panduan pemakaian ring sling. Saya menyarankan ibubapa untuk mendalami ilmu baby wearing dengan mengikuti tutorial di website atau youtube yang disediakan oleh kumpulan-kumpulan baby wearing di dalam Malaysia atuapun di luar negara. Ia sangat menyeronokkkan.






Cara mengikat Baby Ring Sling


Panduan mengikat baby ring sling:
1. Pegang kedua-dua hujung kain sling dan kain yg ada ring (Panduan dalam gambar: Ring di sebelah kiri dan hujung kain di sebelah kanan)
2. Masukkan hujung kain ke dalam dua gelung ring tersebut
3. Tarik hujung kain sling sama aras dengan baby pouch
4. Pegang kedua-dua ring untuk memasukkan hujung kain sling
5. Masukkan hujung kain sling ke dalam ring yang kedua (ring sebelah kanan anda) seperti mengikat tali pinggang
6. Tarik hujung kain dalam anggaran sama aras dengan baby pouch..dah siap!

Cara Memakai Baby Ring Sling


Panduan memakai ring sling:
1. Kembangkan lipatan kain pada ring supaya ia tidak berpintal ketika ditarik
2. Pakai Sling dengan ring diletakkan di sebelah bahu kiri atau kanan
3. Lebarkan kain di bahagian bahu
4. Dukung Bayi Anda
5. Masukkan bayi ke dalam pouch sling
6. Tarik di bahagian tepi kain untuk memperkemaskan atau mengetatkan sling di sebelah bawah baby. (sebelah bawah)
7. Tarik di bahagian tepi kain seperti gambar untuk memperkemaskan pouch di sebelah belakang badan baby (sebelah atas)
8. Laras kain di ring dan pastikan kain pouch sling memenuhi punggung hingga ke pelipat kaki baby.
;)

Kedudukan mengendong bayi yang betul dengan Ring Sling




Kaedah Lipatan Baby Sling
Bagaimana nak guna Baby Sling

Kesilapan yang sering dilakukan ketika memakai baby ring sling

1. Kain yang berada dibahu mestilah lebar dan menutupi bahu ibu, jika tidak bahu ibu akan lenguh
2. Kain di sebelah belakang pula mestila dilebarkan seperti gambar di bawah kanan supaya belakang anda dapat menampung berat bayi
3. Kedudukan ring mestilah berhampiran bahu seperti gambar di sebelah kanan. walaubagaimanapun, ia bergantung kepada keselesaan ibu. :)
4. Kedudukan bayi pula lebih baik jika ditinggikan sedikit. Ibu pasti rasa lebih selesa :)
5. Pastikan kedudukan kain ditarik sehingga dapat menampung sekeluruhan punggung bayi seperti gambar bawah kanan sekali.


SAFETY CHECK

Safety Babywearing for Ring Sling

Keselamatan bayi adalah paling utama dalam memakai baby ring sling. Disini saya kongsikan beberapa tips pemakaian baby ring sling

Semasa mengendong bayi, pastikan ibu bapa mengikut tips TICKS Rule
TIGHT:
Melaraskan baby ring sling supaya ibu dan bayi berasa selesa dan lebih dekat. Ketatkan pouch sekiranya terlalu longgar dan dekatkan bayi di dada ibu.
IN VIEW ALL TIMES:
Pastikan ibu boleh melihat muka bayi. Manakala bayi boleh memandang ibu. Terutamanya dalam posisi Craddle (Posisi Craddle sesuai untuk baby 3 bulan kebawah atau kurang daripada 5 kg atau bayi aktif menyusu). Elakkan muka bayi tertutup dengan kain ring sling atau menoleh ke badan ibu terutama ketika babyi tidur.
CLOSE ENOUGH TO KISS:
Untuk posisi Tummy to Tummy, pastikan ibu boleh mencium kepala bayi. Ini menunjukkan posisi bayi tidak terlalu kebawah.
KEEP CHIN OFF THE CHEST:
Memastikan dagu bayi tidak menyentuh dadanya. Mesti ada ruang antara dagu dengan dada bayi sekurang-kurangnya 1-2 jari
SUPPORTED BACK:
Dalam kedudukan upright position, kedudukan bayi hendaklah berada di dalam posisi mendukung secara semula jadi seperti dalam kandungan ibu (bukan dalam keadaan kaki yang lurus). Jangan biarkan sling terlalu longgar kerana dikhuatiri anak tidak selesa atau boleh melorot jatuh. Letak tangan di belakang badan anak dan tekan perlahan-lahan. Jika anak bergerak ke hadapan merapati tubuh ibu, bermakna sling longgar dan perlu dilaras semula.




The TICKS Rules devised by the UK Sling Manufacturers & Retailers Consortium




Anda boleh memilih lebih banyak corak di website kami www.manjakuhappy.com . Semua item adalah ready stock dan akan dipos dengan segera selepas order dan pembayaran diterima.