Sort by:

Ring Sling



Reversible Baby Ring Sling with Pocket and Padding
Price: RM88




Kini muncul dengan design terbaru dan lebih menarik serta size poket yang lebih besar!
Baby Ring Sling semakin mendapat perhatian ibu zaman sekarang. Lebih mudah untuk mengendong bayi anda tanpa rasa lenguh tangan. Dengan baby sling, ibu tak perlu lagi bawa stroller. Malahan ibu boleh memimpin abang/kakak sambil mengendong adik. Bayi anda akan rasa lebih selesa dalam dakapan ibu seperti di dalam perut, sudah tentu bayi anda boleh tidur dengan lena (melainkan baby lapar nak susuibu!)


Ada 2 jenis Baby ring sling

1. Reversible Baby Ring Sling,Padded and pocket

Material 100% Cotton - 
Mudah untuk dilipat dan tidak licin semasa memakainya
Reversible Sling - Anda boleh menggunakan kedua-dua belah bahagian fabrik sama ada bercorak ataupun plain ;)
Padded Sling - untuk keselesaan belakang badan baby dan belakang pehanya (Tummy to tummy position)
Zippered Pocket - Anda boleh menyimpan lampin, tuala, baby, wallet, kunci kereta dan sebagainya.
Ring Sling - Boleh dilaras size sling mengikut keselesaan pemakai.
Size measurement: 53cm wide x185cm long
Size: Cross body measurement fit from 21inch to 27inch (Ukuran daripada bahu bersilang sehingga ke atas pinggul)

2. Easy Baby sling
Pocket
 - Anda boleh menyimpan lampin, tuala, baby, wallet, kunci kereta dan sebagainya.
Material 100% Cotton - 
Mudah untuk dilipat dan tidak licin semasa memakainya
Ring Sling - Boleh dilaras size sling mengikut keselesaan pemakai.
Size measurement: 51cm wide x210cm long

Size: FREE Size can fit all




TUTORIAL MEMAKAI BABY RING SLING

Posisi yang betul mengendong bayi


Cara lipatan Baby Ring Sling

TUTORIAL BERGAMBAR MENGIKAT BABY SLING


CARA MENGIKAT BABY SLING
1. Pegang kedua-dua hujung kain sling dan kain yg ada ring (Panduan dalam gambar: Ring di sebelah kiri dan hujung kain di sebelah kanan)
2. Masukkan hujung kain ke dalam dua gelung ring tersebut
3. Tarik hujung kain sling sama aras dengan baby pouch
4. Pegang kedua-dua ring untuk memasukkan hujung kain sling
5. Masukkan hujung kain sling ke dalam ring yang kedua (ring sebelah kanan anda) seperti mengikat tali pinggang
6. Tarik hujung kain dalam anggaran sama aras dengan baby pouch..dah siap!

sebarang pertanyaan boleh email manjakuhappycollections@gmail.com 
website: www.manjakuhappy.com
untuk order bole pilih corak di link di bawah


TUTORIAL BERGAMBAR MEMAKAI BABY SLING


TUTORIAL MEMAKAI BABY SLING
1. Kembangkan lipatan kain pada ring supaya ia tidak berpintal ketika ditarik
2. Pakai Sling dengan ring diletakkan di sebelah bahu kiri atau kanan
3. Lebarkan kain di bahagian bahu
4. Dukung Bayi Anda
5. Masukkan bayi ke dalam pouch sling
6. Tarik di bahagian tepi kain untuk memperkemaskan atau mengetatkan sling di sebelah bawah baby. (sebelah bawah)
7. Tarik di bahagian tepi kain seperti gambar untuk memperkemaskan pouch di sebelah belakang badan baby (sebelah atas)
8. Laras kain di ring dan pastikan kain pouch sling memenuhi punggung hingga ke pelipat kaki baby. 

sebarang pertanyaan boleh email manjakuhappycollections@gmail.com 
untuk order bole pilih corak di link di bawah

Antara laman web yang sangat bagus untuk kita pelajari cara-cara pemakaian baby sling berserta arahan berbentuk video ialah www.zolowear.com. Anda boleh terus klik link di bawah

Cara penggunaan Baby Ring Sling yang betul


Kesilapan yang sering ibu lakukan semasa menggunakan Baby Ring Sling

1. Kain yang berada dibahu mestilah lebar dan menutupi bahu ibu, jika tidak bahu ibu akan lenguh


2. Kain di sebelah belakang pula mestila dilebarkan seperti gambar di bawah kanan supaya belakang anda dapat menampung berat bayi

3. Kedudukan ring mestilah berhampiran bahu seperti gambar di sebelah kanan. walaubagaimanapun, ia bergantung kepada keselesaan ibu. :)

4. Kedudukan bayi pula lebih baik jika ditinggikan sedikit. Ibu pasti rasa lebih selesa :)


5. Pastikan kedudukan kain ditarik sehingga dapat menampung sekeluruhan punggung bayi seperti gambar bawah kanan sekali.