Soft Baby Wrap with pocket

Soft Baby Wrap with Pocket




Saya sangat menyukai baby wearing, mendakap bayi dengan mengendong ke mana sahaja anda pergi sememangnya pengalaman yang mengujakan dan seronok. Selama 5 tahun pengalaman dalam mengendong bayi, saya sentiasa mencuba pelbagai alat mengendong bayi seperti pouch sling, ring sling, mei tai, buckle mei tai dan juga beberapa baby wrap. Sepanjang 5 tahun ini, ring sling merupakan baby carrier yg paling serasi dengan saya, tetapi setelah mencuba Soft Baby Wrap ini (sebenarnya ada beberapa baby wrap yg saya cuba juga selain ini) ini adalah baby carrier yang saya rasakan paling selesa dan sesuai untuk cuaca di Malaysia!

Kelebihan ini saya kongsikan dengan anda 
supaya semua ibu di Malaysia boleh mengatakan seperti ini
" I love baby wearing! "
"saya mengendong bayi dengan penuh yakin"
"ada style laa..."
"happy baby wearing"

Ciri-ciri dan kelebihan Soft Baby wrap:

1. sangat mudah dipakai (kena tengok tutorial youtube juga). Praktis depan cermin dulu tau ;)
2. Material campuran cotton dan spandex yang stretchable untuk memudahkan pemakaian. Malah ibu lebih selesa dan tidak panas 
3. Dengan cara yang betul anda boleh mengendong bayi dengan Hands free style! 
4. Mudah dibasuh-cuma masukkan sahaja dalam mesin basuh ;)
5. Mesra penyusuan- sangat fleksibel dan boleh memakai untuk posisi penyusuan bayi
6. Panjang lebih kurang 5 1/2 meter cukup untuk semua saiz ibu sama ada kecil ataupun berbadan besar
7. Rekaan yang ringkas tanpa buckle, strap/tali ataupun snap button ;)
8. Pelbagai warna pilihan yang ceria (saya memilih warna grey :D )

Tutorial Baby Wrap












    There are no products in this category.